SOALAN-SOALAN LAZIM

Jumlah pelaburan awal akan berbeza-beza bergantung pada beberapa faktor, termasuk lokasi premis, kos sewa, kos perjalanan dan kos yang berkaitan untuk mengikuti latihan permulaan, kos pengiklanan dan lain-lain lagi.

Keluasan premis pusat terapi mestilah sekurang-kurangnya 1,400 kaki persegi dan bakal francaisi boleh membeli atau menyewa premis tersebut. Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi ibu pejabat kami.

Kami telah berada di beberapa lokasi di seluruh Malaysia. Sekiranya anda berminat untuk membuka pusat ini, boleh semak dahulu adakah kawasan tersebut berpotensi. Setelah membuat permohonan, pihak HQ akan menyemak permohonan tersebut.

Kami di HQ sentiasa akan memberi sokongan dan bimbingan untuk membantu memastikan francaisi sentiasa berkembang. Komunikasi dan bimbingan juga akan diteruskan oleh Tim Konsultan Francais (In-house Consultant).

Seterusnya, setiap kemaskini dan penambahbaikan modul akan dimaklumkan kepada francaisi. Semua perkembangan modul ini akan dimaklumkan kepada semua francaisi termasuk latihan untuk setiap tenaga pengajar.

Kami mencari seseorang yang minat berbisnes, mendidik dan menyukai kanak-kanak. Selain itu, pemohon juga mestilah mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya di peringkat Diploma dan gred A dalam subjek matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Setiap pemohonan juga mestilah lulus Ujian Psikometrik yang disediakan oleh pihak HQ. Sekiranya berjaya, pihak kami akan hubungi pemohon bagi tindakan selanjutnya.

Royalti adalah sebagai balasan francaisor kerana memberi hak perniagaan kepada francaisi. Pengiraan royalti adalah bergantung kepada jumlah pelajar di setiap francaisi. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi pihak kami.

Sebelum membuka Pusat Terapi Matematik ini, setiap francaisi mestilah menandatangani perjanjian yang termaktub peraturan dan maklumat yang terperinci.

Pengiklanan dan menjalankan publisiti di peringkat tempatan adalah tanggungjawab francaisi. Kami akan membantu francaisi merancang atau mengembangkan bahan iklan dan / atau rancangan publisiti lain. Walau bagaimanapun, francaisi perlu menyerahkan semua bahan iklan dan publisiti yang telah dibuat sendiri bagi kelulusan HQ sebelum dilancar atau dihebahkan.

Kami menyediakan pemasaran khusus di media sosial secara berkomuniti. Pemasaran untuk menarik prospek mungkin berbeza bergantung pada lokasi pusat terapi tersebut.

Tenaga pengajar mestilah mempunyai kelayakan yang sama dengan pengurus cawangan. Untuk makluman, sebagai pemilik anda mestilah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tenaga pengajar yang dipilih.

Contact Us

TINGGALKAN KAMI PERTANYAAN PENDEK UNTUK MAKLUMAT LANJUT!

download kigo amazon video downloader